March 04, 2013

GUGURNYA PEJUANG NEGARA

KG TANDUO...
berapa kerat rakyat MALAYSIA yang tahu akan kewujudan kampung ini? aku yang SABAHAN ini juga baru SETAHUN yang lalu tahu ataupon terdengar akan nama yang asing ini, itupon dek kerana ada beberapa perkara yang berlaku di sana.. 

1.3.13
apa yang boleh kukatakan tentang tarih ini?? NICE DATE?? kalo jadi tarikh kawin ok gak ni... hurrrmmmmm for me its kinda tarikh KERAMAT.. tarikh gugurnya 2 orang pejuang tanah air kita... 

di awal pagi tarikh ini.. ramai kawan-kawan yg post di FB pasal kenangan pada tarikh yang sama 2 tahun lepas, 2011. Tarikh di mana mereka tarik beg menjejakkan kaki ke PULAPOL KL.. actually kebanyakan daripada mereka, bukan meraka yg tarik.. mak bapak ok!! siap kna sound PTT.... hahhaha aku juga tumpang mengimbau kembali kenangan ku pada hari tersebut..

ramai yang antara mereka yang bangga dan gembira kerana berada dalam pasukan.. SO DO I ... masing-masing memberi semangat agar meneruskan perjuangan... tq kawan2.. semua kenangan di dalam PENJARA itu mengajar aku erti kehidupan.. erti kesabaran dan banyak lagi..  PENJARA itu jugalah yang membentuk sahsiah diriku.. syukur, aku masih bisa digelar manusia.. :)

tarikh itu jugak aku berada di kg halaman atas tuntutan kerja.. namun hatiku agak gusar n xsenang duduk.. rasa mau balik awal ke tempat bertugas.. aku xtau kenapa.. awal pagi aku mendapat panggilan agar aku berada dalam DAERAH... lamanya aku rasa mau tunggu petang... flight petang ke KK... bla.. bla.. bla..


KG TANDUO, LAHAD DATU
tanah terakhir yang dipijaknya
tanah yang menjadi saksi
gugurnya perwira negara
gugurnya dia kerana agama
gugurnya dia kerana bangsa
gugurnya dia kerana negara tercinta
perginya meninggalkan nama
perginya meninggalkan sejarah
perginya meninggalkan sanak saudara 
anak-anak kecil yang tidak tau apa-apa
balu yang berbadan dua
ya Allah..
Kau tempatkanlah mereka di gol org2 yg beriman
Kau rahmatilah mereka

wahai manusia DURJANA!!!
pengecut kamu semua yang berkata
ini semua sandiwara??
otakmu kau letak mana??
pergi mereka tiada gantinya
semua hanya keran mempertahan negara
demi anak bangsa.. termasuk kau!!

darahnya mengalir sebelum kau diseksa
kenapa masih dipertikai kerjanya
jika kau menggantinya di sana
basah SPENDAmu sebelum perang bermula
pandai cakap saja tiada guna
seolah-olah kaulah JUARA
tapi di sisiNya kau hanya kuman yg hina
kuasa diguna menjulang nama
tapi itu semua tidak ke mana
Tuhan mendengar doa orang teraniaya
semoga semua ini berakhir jua
agar nasib anak bangsa terbela
maruah negara kekal tidak TERNODA

aku anak bangsa sayang negara... tidak belajar tentang POLITIK segala... aku ingin berjuang diluar sana... namun ilmu sekecil kuman sahaja... jangan jadi pengkhianat bangsa dan negara kerna kau bermain dengan nyawa... cukup dengan banyak berdoa semoga semuanya baik-baik saja... berbanding mencurah kata yang menyakit cuma.. tidak membantu mempertahankan negara malah hanya menambah dosa...

lets PRAY for us.. for SABAH.. for MALAYSIA...