- my 1st exp working in SERIJAYA INDUSTRI SDN BHD - admin assist
- g balik KL mcm nek bas jak.. can't stay long in Tawau
- i've met few people that really make me think deeply about my future
- joined the GEMS prog dat really exposed me to the corporate world
- practical in Subang and being illed dat need me to go back home
- clash & declare with sum1 new
- raya with all the siblings + celebrate dad's 55th besday besar2 cket la
- few interview for IP intake
- jadi bambong for almost 3 months after quitting
- to many to share... ahahaha
December 31, 2010
LAST DAY in 2010
December 11, 2010
terima kasih atas segalanya...
aku pernah dgr, orang bunuh diri sbb putus cinta.. Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku, jgn la smpi aku melakukan segala perkara terkutuk itu Ya Allah.. Sesungguhnya aku hambaMu yang begitu lemah..
sebelum ini semuanya begitu indah.. gelak ketawa bersama, ada saja cahaya kegembiraan terpancar di wajah.. ke sana ke mari bersama.. pokok pangkal, sumanya lah indah.. ada saja pujian yang keluar dari mulutnya.. pujian yang kadang2 buat aku terleka bahawa segala kecantikan ini hanya sementara.. kadang2 aku terlupa yang suma ni hanya pinjaman semata2..
aku tau aku tidaklah secantik dia yang begitu indah di matanya.. namun aku juga punya rupa.. mungkin suma itu hanya pakej semata2. suma itu membuat kan aku teringat and suka gila dengan lagu "cinta dalam hati" yang mana ada bait liriknya menyatakan:
mengagumi tanpa dicintai..
tak mengapa bagiku..
mencintaimu pon adalah bahagia untukku...
Adalah beberapa hamba yang bertanya kepadaku, "betul kah single?" hahahaha what should I answer?? dalam FACEBOOK mmg la status aku single, tapi mustahil lah ba kan?? of course aku ada BF!! ahahahha then bila aku jawab "aku single la!! sape la nak kat aku ni.. sob3" orang akan balas balik, "pompuan mcm ko ni, mustahil xda BF " WTF!! damn u man!!
dulu aku hanya mampu tergelak bila aku dgr org ckp mcm tu.. tapi sekarang, suma da jadi kenyataan dowh!! aku dikecewakan sekali lagi.. tp bak dalam lirik lagu AWIE, "tapi kali ini lebih dalam dan pedih"
ya aku nangis... nangis gila.. wakakkaka(malu plak wat confession terbuka macam ni).. tapi aku kenalah kuat!! at least bila aku da nangis, kurang la sikit sakit yang kurasa.. tapi siyes, aku KECEWA yang teramat sangat.. sbb aku da janji, kalo bole dia laki terakhir dalam hidupku.. tapi sapa aku tuk melawan ketentuan Illahi?? Ya Allah sekali lagi hambaMu ini menjadi sangat lemah.. Lemahnya aku kerana cinta yang fana...
dulu, janji bagai nak rak.. cuba mau pthankan hubungan ni.. last2, dia yang give up.. :P
tapi aku yakin, suma ni pasti ada hikmahnya.. mungkin juga aku belum ckup baik tuk dia.. yang pasti dia tidak ckup sabar untuk melihat perubahanku, yang mana dia rasa dia sdh ckup banyak berubah untuk aku.. aku gembira dengan perubahannya itu, sekurang2nya aku tau ada jugak usahanya untuk menunjukkan rasa cintanya padaku.. :P terima kasih cinta..
terlalu banyak sebab yang diberikan kenapa dia ingin melepaskanku pergi.. inginku kongsi tapi biarlah, mungkin itu terlalu peribadi tuk aku dan dia.. dulu aku pnah ckap, i have no reasons to love you sayang.. tp kan dia penah bagi aku sbb knapa dia sayang aku.. ada la dalam 4 sebab yg ku igt.. dats y bila dia tinggalkan aku pon, dia bersebab.. :( aku pon bingung part ni... wakakkakaka
tapi kalo pon aku dipaksa tuk create reasons why I love u, it will end up this way..
now then you know kan how much I love u kn?? but its too late od.. nasi da jadi bubur.. hubungan kita pon hanya tinggal kenangan.. aku bersyukur atas apa yang telah kulalui.. walaupon mungkin ada sedikit kekesalan di hati, namun aku harus hadapinya dengan fikiran yg terbuka.. life must go on.. hidup xselalunya indah..
If you love somebody, let them go.
If they return, they were always yours.
If they don't, they never were.
oleh itu, demi melihatnya bahagia, aku setuju dengan keputusannya untuk melepaskan ku pergi.. dengan harapan dia akan bahagia kerana bagiku, tiada lagi cinta untukku selepas ini seperti yang pernah kuterangkan padanya dulu.. biarlah aku aku bina kerjayaku dulu.. jika ada yang menyayangiku, biarlah dengan ikhlas dan sejujur hatinya.. aku takut untuk disakiti lagi.. moga dengan adanya kasih sayang keluargaku, cukuplah kujadikan bekalan peneman hari2 ku....
insyaAllah, satu hari nant aku juga akan berubah menjadi insan yang lebih berguna... semoga kau pon begitu juga hendaknya.. Amin
kau yang kusayang..
biarlah suma orang tahu apa yang tejadi.. suma ini bukan kehendak kita, namun mungkin ini yang terbaik buat masa ini.. :) terima kasih atas segalanya.. terlalu banyak yang telah kau berikan.. aku bersyukur, atas apa yang terjadi.. semoga ada hikmah di sebalik semua ini!
December 04, 2010
ka aku yang TERLALU ikut perasaan?
mula lah contengan ku seperti coretan dalam kertas di atas
Terlalu banyak kenangan indah
Kini kita jauh lagi, Laut China Selatan CEMBURU!
Ka aku yang terlalu ikut perasaan?
Aku muda, banyak mau.. Sapa yang harus dipersalahkan?
Memang cinta itu buta
Ka aku yang terlalu ikut perasaan?
5:2 hari. Ckup ka? Kenapa tidak?
Jarak pengikat kasih, pengukur kesetiaan
Hati terpaut tanpa sebab
Rindu semakin kuat, hati makin tak kuat
Cemburu asyik menyakat
Ini barulah kerana aku terlalu ikutkan perasaan
Segala mauku pasti dapat!
Tapi dia rasa tersekat, tak suka terikat
Yalah, sekali lagi sebab perasaan telampau diikut
Aku mintak maaf
Aku sunyi, bosan, bingung!
5 tahun nun jauh di sana
Kalau hati kuat, semua boleh buat
Sabar senjata besar
Aku akan keluar
Kita akan jauh lagi
Tapi kita sudah janji
Semua akan dibaiki
Demi masa depan yang pasti...
KK-KL pergiku usah ditangisi..
rindoooooo bertakhta di hatiku di kala ini...
December 01, 2010
HOBI baruku bersama CELEDAKIANS..
November 27, 2010
outing skejap bersama BECEK2 meletops tawau
November 24, 2010
AWAS!! ianya TIDAK SAH!!!
kita sebagai umat harus la sentiasa ingat-mengingati. tapi mampu ka kita bersuara sedang kan kita sdiri tidak ckup iman di dada? tapi tidak kah kita lagi berdosa bila kita mendiamkan sesuatu yang wajib diperbetulkan..
selagi mampu, hindarilah larangan Allah.. semoga Allah memberikan hidayah kepada kita, seluruh umatNya.. amin...salam ukhwah~!
November 23, 2010
KASIHANI & SAYANGI lah mereka
November 22, 2010
PELAMIN IDAMAN ketika menjadi raja sehari kelak
arghhhhh..
my BRUNCH on 22/11/2010
me on diet.. mau c turun 2kg..
November 17, 2010
i NEED more tym..
November 13, 2010
apa KITAK tunggu??? :p
November 10, 2010
PERSIAPAN HARI BAHAGIA
Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV. Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooii...
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)
Kos # 1 - Mas kahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.
Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang. Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini. Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri. Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.
Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah. Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.
Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh. Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard. Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.
Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri. Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.
Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga. Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ? Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000.
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalahRM 17,550 dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja. Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir. Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ. Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.
Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi. Tapi Doorgift besanya RM 3 jugak la..
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan. Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda. Ia berbeza mengikut lokasi. Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima. Tapi kalo knak kawen ma org SABAH o SARAWAK, fikir2 kan la ya..
Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal. Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal. Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050
Umak Aih!
"Psst. Tutup mulut tu abang long."
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?
Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak
RM 18,000
Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.
P/S : Tapi kan kwan2.. yg d atas ni cuma anggaran minimum.. mustahil la kamurang mau yg paling simple kan??
Biasanya mesti mau yg GRAND gitu!!! hihihi tp atas kamampuan la.. napa juak kalo smpai RM100k blanja nya kan? yang pnting mampu n xmmbebankan d blakang ari..
kalo aku, mau majlis yg best, xsalah kita kongsi sikit ma pasangan kita.. atas psetujuan masing2 la.. tp lg bagus kalo laki yg 100% ba.. baru la syg namanya...
RENUNG-RENUNGKANLA.... :p